Wednesday, September 28, 2016
DEEPAVALI
5 KEISTIMEWAAN HARI DEEPAVALI
HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November. Pada hari yang bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.
DEEPAVALI LAMBANG KEJAYAAN KEBAIKAN MELAWAN KEJAHATAN
Sungguh asing jika kita melihat Deepavali tanpa pelita kerana perayaan itu sendiri mempunyai maksud Pesta Cahaya. Antara sebab mengapa perayaan ini diraikan dengan pelita yang dipasang adalah sebagai simbolik penganut Hindu yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pelita yang dipasang sedikit sebanyak turut memeriahkan lagi perayaan tersebut.
1.KOLAM MENJADI PENYERI RUMAH
Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan 'kolam' atau 'rangoli' iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
Kemahiran membuat 'kolam' ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia.
Hiasan 'kolam' ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi. Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk rumah mereka.
2.MAKANAN SEDAP PADA HARI DEEPAVALI
Manisan merupakan identiti masyarakat India. manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini. Dalam masyarkat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaaan.Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif daan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.
Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum India yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah 'Aloogobi' iaiu campuran ubi kentang dan kobis bunga 'paneer' campuran masala bersama yourgat dan kari dhal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti muruku ,adirasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.
3.TEMPOH SAMBUTAN DEEPAVALI BERBEZA MENGIKUT TEMPAT
Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil 9antara bulan Oktober dan November). Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari sahaja namun ia terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari yang mereka mahukan. Namun begitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan Deepavali ini lebih lama dalam suasana kampung.
4.PENGANUT HINDU MANDI MINYAK BIJAN UNTUK MENYUCIKAN DIRI
Pada pagi perayaan, Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum mtahari terbit. Seawal pukul 3 pagi penganut agama Hindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah. Seluruh keluarga juga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk meyucikan badan dan semangat. Ia adalah tanda simbolik sebagai penyucian diri. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.
5.AMALAN BERKUNJUNG MENGUNJUNG TURUT DIAMALKAN MASYARAKAT HINDU

Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih lagi diteruskan selama hari selepas. Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah penganut agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan secara besar-besaran dengan menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Hindu. Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan pelbagai makanan tradisional yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, murukku, achi murukku, omapodi dan manisan seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk para tetamu yang hadir.
Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepavali.
Mungkin ada diantara anda yang kurang memahami tentang sambutan Hari Deepavali. Disebabkan itulah entri ini dikeluarkan bagi memberi lebih kefahaman kepada masyarakat tentang budaya masyarakat India di Malaysia yang kebanyakannya beragama Hindu dan menyambut Hari Deepavali. Kata orang ''Perbezaan dirai, kemeriahan dikongsi'', biar pengetahuan ini memupuk sikap saling hormat-menghormati.
GOKUL ASHTAMI
Pengenalan

Sedikit sebelum tengah malam, penganut tuangkan ke dalam kuil untuk mengambil bahagian dalam 'Arati' khas dan untuk mengenang kembali kelahiran Krishna. Sehingga tengah malam, lagu-lagu pujian dinyanyikan pada menjangkakan kelahiran suci. buaian khas dipasang di kuil-kuil dan patung kecil daripada "Balgopal" diletakkan di dalamnya.
Disambut pada hari lahir Lord Krishna, Gokul Ashtami adalah hari yang sangat bertuah untuk penganut Hindu di seluruh dunia. Kelahiran Lord Krishna, anak kepada King Vasudeva dan Queen Devaki, adalah cerita yang hebat dalam mitologi Hindu.
Penerangan
Pada hari yang bertuah Gokul Ashtami, penganut menghiasi rumah-rumah mereka, menyediakan gula-gula untuk menawarkan kepada dewa dan jejak jejak kanak-kanak dari pintu ke bilik solat. Butter yang dipercayai menjadi kegemaran Lord Krishna ini juga ditawarkan semasa Gokul Ashtami. Shrikhand, sesuatu jenis gula disediakan pada ketika ini.
Penganut berpuasa sepanjang hari dan berbuka puasa pada tengah malam ketika Tuhan dipercayai telah dilahirkan.lagu-lagu pujian dinyanyikan oleh penganut.

Masa untuk meraikan
Gokul Ashtami disambut pada bulan Bhadrapada iaitu antara bulan Ogos dan September. Orang merawat hari ini sebagai salah satu kesukaan yang sangat besar. Terdapat bacaan "Bhagavatam", nyanyian dan berdoa di mana-mana. Kuil dihiasi untuk majlis itu, kirtan dinyanyikan, loceng akan dibunyikan, kulit kerang itu ditiup, dan puji-pujian Sanskrit dibacakan di dalam memuji Tuhan Krishna. Di Mathura, tempat kelahiran Lord Krishna, perhimpunan rohani khas yang dianjurkan pada masa ini.
Orang memerhati sepanjang hari yang cepat, yang dipecahkan hanya pada tengah malam, masa apabila Krishna dipercayai telah dilahirkan. Pesta ini adalah satu perayaan masyarakat, dan orang melawat kuil Krishna, yang dihiasi khas dan menyalakan untuk majlis itu. Pada kesempatan 'Gokulashtami', kita boleh mencari anak-anak membentuk piramid manusia untuk mencapai periuk penuh dadih (Dahi-handi) dan patah.
PERAYAAN TAHUN BARU TAMIL
Warga Tamil di seluruh dunia memulakan permulaan baru dengan meraikan perayaan Citthirai Puthandu atau Tahun Baru Tamil, Ahad.
Sambutan yang dianggap suci dan meriah ini diraikan setiap tahun pada tarikh 14 April dan merupakan hari pertama dalam kalendar Tamil.
Kalendar tahun Tamil ini mempunyai 12 bulan dan ia mempunyai nama-nama tertentu bermula dengan bulan Chithirai.
Hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran. Sudah menjadi tradisi, kediaman mereka yang meraikan sambutan ini akan dibersihkan dan anjung depan rumah akan dihiasi dengan corak 'Kolam Rangoli "bersama susunan daun mangga yang diikat pada pintu hadapan.
Sementara itu pada malam menjelang sambutan, kaum wanita dalam sesebuah keluarga akan menyusun buah-buahan, kelapa, daun sirih, kacang, bunga, syiling serta emas di dalam sebuah dulang besar dan lampu minyak akan dinyalakan. Melihat dulang yang disediakan sebaik bangun pagi dianggap sebagai membawa rezeki dan upacara ini dikenali sebagai 'Kani Rangkaian'.

Penganut akan mandi pagi dan seterusnya memakai pakaian baru untuk pergi ke kuil seawal pukul 6 pagi lagi. Apabila sampai di rumah selepas ke kuil, ahli keluarga yang muda akan memohon restu daripada ibu bapa dan datuk nenek mereka.
Kemudian, wanita di rumah akan mula menyediakan manisan dan makan tengah hari beralaskan daun pisang untuk keluarga. Keistimewaan makan tengah hari Citthirai Puthandu adalah hidangan sebanyak 14 jenis makanan sayur-sayuran yang disediakan mengikut ramuan tradisional.
Antara sajian tersebut adalah, satham sambar, vendhakai kootu, manga patchadi dan pavaka poriyal. Manisan lazat seperti halwa badam dan paal PAYASAM juga disediakan.
Sesetengah masyarakat Tamil juga akan membuat pembelian besar pada hari ini, seperti rumah, kereta atau barang emas.
Adalah dipercayai dengan berbuat demikian, seseorang akan memulakan hidup baru dan satu permulaan baru. Dengan harapan sambutan Puthandu ini membawa kita satu permulaan baru, kemakmuran dan keamanan dalam kehidupan kita, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang meraikannya, Chittirai Puthandu Nalvalthukal!
PERAYAAN THAIPUSAM
Hari Thaipusam (தைப்பூசம்) merupakan perayaan yang disambut oleh penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' yakni jatuh pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang,
Tujuan dan objektif sambutan ini sentiasa menjadi tanda tanya kaum-kaum lain. Oleh sebab itu, saya ingin berkongsi maklumat bahawa Hari Thaipusam merupakan hari menunaikannazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, mak
a satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada pembedahan waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik yang bakal menjelma.
Pelbagai cara "menyeksa diri" dilakukan bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di ataskasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga dalam kalangan pembazar nazar atau peminta ampun yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sentimeter. Perayaan ini bukan sahaja melibatkan penganut agama Hindu di Malaysia, malah pelancong asing dari seantero dunia. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua pembayar nazar berada dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu. Ada juga yang percaya, dewa yang memberi "kuasa" kepada mereka untuk berbuat demikian dan mereka seolah-olah jalan terumbang-ambing dan berada dalam keadaan separuh sedar. Amalan ini amat dipandang berat dalam perayaan ini. Sebenarnya, Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-buruh ladang pada zaman penjajahan Britishseawal 1786 di Pulau Pinang. Perayaan Thaipusam pada zaman dahulu disambut di ladang, kuil-kuil Hindu yang dibina dengan pembiayaan beberapa orang penganut Hindu yang berkemampuan. Oleh hal yang demikian saiznya tidaklah begitu besar. Di Malaysia, antara kuil yang bersaiz besar terletak di Sungai Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan Melintang ,Seremban, Johor Baharu , Kuala Lumpur dan lain-lain.
Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di India, Hal ini berlaku demikian kerana di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Mengikut kajian, Thaipusam dapat menyatupadukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar yang berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja. Selain disambut di Malaysia, negara lain seperti Singapore, Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain juga meraikannya.
Sambutan yang juga dipanggil "Kartikeya Thaipusam" yang juga untuk memohan keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai "Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha". Kejayaan melawan anasir jahat merupakan kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu, semua rakyat yang diam di Malaysia haruslah bersyukur dengan Malaysia yang hanya merupakan negara kecil tetapi berbilang kaum dan agama. Kita dapat hidup aman dan damai atas payung kedaulatan yang dikurniakan oleh-Nya.
Intihanya, Salam Thaipusam saya ucapkan kepada semua guru dan pelajar yang menyambutnya. Kepada yang tidak menyambut Thaipusam tetapi mendapat cuti pada keesokan hari, isilah cuti ini dengan membuat perkara yang baik supaya diberkati Tuhan. Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, "kavadi" (seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas) akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Subscribe to:
Posts (Atom)